Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca di luar sana.
Memandangkan aku dah berminggu tak tulis, jadi, aku pon rajin sikitlah harini nak menulis. Seperti mana tajuk di atas, ye aku tengah planning nak pergi ke Singapore tapi secara bajet jela (macam biasa). Dulu-dulu selalu la pergi ke Singapore sebab rumah sedara mara ramai kat situ. tapi sejak ade USS ni, tak pernah lagi jejakkan kaki kat sana. Jadi, jiwa ini berkobar-kobar, meronta-ronta nak pergi ke USS. Lagi2 lepas dah pergi Tokyo Disneysea haritu, jadi macam nak sangat tengok perbezaan antara Disney and Universal Studios. Tapi main fokus untuk budget trip ni untuk pergi USS je tau, dan tour Singapore tu adalah side focus aku laah..
Jadi buat masa ni, list of budgets aku ialah :
Transportation :
Flight
Aku dah usha2 tiket flight, Air Asia, Tiger Airways, Malaysia Airlines, and konklusinya, aku rasa better tak yah naik flight kot sebab mahal hehe.
Bus
Another option is by bus, about RM60+ one way. Tapi aku tak minat naik bas sebab terlalu banyak accidents sekarang. Jadi aku fobia!
Train
Lastly, is by train. Ada banyak coach jugak. Depends pada jenis seat, ranging from RM30++++
Jadi, inilah pilihan terbaik aku! Sebab murah. Hahaha.
Korang kalau nak survey2 harga train, boleh la ke website dia :
dah pergi ke web dia tu,
Step 1 :
boleh la sign up as new user and then login. Pastu pilih origin dan Destination
Macam aku, aku usha :
KL Sentral - Woodlands
Seremban - Woodlands
Dan aku rasa Seremban - Woodlands adalah lebih memudahkan aku lah (dan aku pon tak nak duduk dlam train lelama)
Step 2 :
Pilih tarikh yang korang nak pergi
Step 3 :
Pilih train. Macam aku, aku pilih tengah malam sebab senang, pagi tu sampai2 je boleh terus buat aktiviti. Tak payah nak kena book hotel untuk tidur kalau sampai waktu malam kan..
Step 4 :
Pilih jenis coach. Ko nak berkatil ke, duduk ke, ikut keselesaan
Memula, aku pilih tempat duduk. RM30 je untuk pergi, dan RM 30 untuk balik. Lepas tu nak book cepat2 so that lega dan senang hati la en seat dah confirmed. Pastu time nak transact duit, titibe dia tulis UNSUCCESSFUL, tapi bila cek CIMBCLICKS aku, duit dah tolak. Perghhh ape lagi bengang lah, terus call KTMB. dan macam biasalah, Malaysia ni ape je tak lembap. Semua benda proses lembap. Even call operator pon berzaman nak tunggu dorang angkat. Ishhhh.
Jadi aku nasihatkan korang, tak payah laaa beli thru online. Senang cite, ko tengok je seat available ke tak, pastu call je KTMB cepat2 and book. Ye, even lembap jugak proses dia, tp at least dia x melibatkan duit. Nanti dia akan bagi kod, so kita cuma cakap je kod tu kat kaunter masa nak claim tiket. Oh ye, aku dah dapat balik dah duit aku tu dalam masa beberapa hari jugakla (after constant calling and emailing). Even RM 60, TAPI SANGAT BERNILAI! Dan disebabkan aku call untuk beli tiket, jadi aku pon book la untuk berkatil, hehe. After a long consideration, tak mampu den nak duduk lelama. Kejang pinggang nanti!
Jadi aku nasihatkan korang, tak payah laaa beli thru online. Senang cite, ko tengok je seat available ke tak, pastu call je KTMB cepat2 and book. Ye, even lembap jugak proses dia, tp at least dia x melibatkan duit. Nanti dia akan bagi kod, so kita cuma cakap je kod tu kat kaunter masa nak claim tiket. Oh ye, aku dah dapat balik dah duit aku tu dalam masa beberapa hari jugakla (after constant calling and emailing). Even RM 60, TAPI SANGAT BERNILAI! Dan disebabkan aku call untuk beli tiket, jadi aku pon book la untuk berkatil, hehe. After a long consideration, tak mampu den nak duduk lelama. Kejang pinggang nanti!
Aku nasihatkan korang jugak supaya beli tiket RETURN siap2 (kiranya masa book tu, cakap nak tiket untuk balik sekali la). Aku plan nak pergi untuk 1 day trip je. So :
0014 Bertolak dari Seremban ke Woodlands
0655 Dijangka tiba di Woodlands
2330 Bertolak semula dari Woodlands ke Seremban
0530 Dijangka tibe di Seremban
Haaa, nampak tak, pergi balik dalam sehari je..
So aku amik untuk pergi katil atas RM 34, balik katil bawah RM 42 = RM 76 (even xde la semurah duduk, yang RM60 tu, tp xpela demi selesa)
-------------------------------------------------------------------
Tiket USS
Aku ada jumpa satu facebook ni, tiket USS dia murah je RM155 (tapi xde voucher makan la) Arghhh ape aku kisah, aku pon nak murah2 je kann. huhu bawa bekal jela hehe.
--------------------------------------------------------------------
Transport di Singapore
Aku plan nak ambil Singapore Tourist Pass je, yang boleh naik turun MRT, Bus, and ape tah lagi untuk $10 je sehari. Although initially kena bayar another $10 for deposit la, tp by the end of the day boleh claim balik deposit. Namanya pon deposit kan.
Dengan tourist pass ni, boleh la aku jalan2 tengok Raffles Place, Merlion, Marina Bay and others.
---------------------------------------------------------------------
So total estimation budget ke Singapore 1 day trip :
Transport pergi balik = RM 76
Tiket USS = RM 155
Singapore Tourist Pass = $10 x 2.65 = RM 26.50
Total = RM 257.50
Okaylah, setakat ini sahaja pembentangan bajet aku. Tapi perginya idok lagi.. Kita tunggu dan lihat :)
Hi all! GRAB our Singapore tickets such as USS/SINGAPORE ZOO/GARDEN BY THE BAY/SEA AQUARIUM &more! Surely lower than counter price & OPEN DATE! Example: USS, MYR 211 per adult (est SGD66 only) USS package with 2 ways transfer via bus from DANGA BAY JB - USS available too. You may request an email of quotation.
ReplyDelete.
Visit LOVE TRAVEL page for more info at >>> http://lovetravel-love.blogspot.com & >>> www.facebook.com/lovetravel86
JESSICA, LOVE TRAVEL (whatsapp: +6012-7760219) Email: jessica.travel8686@gmail.com .TQ