Sunday, 29 March 2015

One day USS Trip

Hi korang. Harini nak share, yang baru2 ni aku p Singapore. Tujuan dan motif utamanya sbb nak pergi USS je. Teringin sangat bak hanggggg. 

So, kitorang mmg plan nak pergi one day trip je. Yela, nak jimat, malas lah nak kena spend duit utk duduk hotel. 

Jadi, aku pon telah menempah tiket train :

KTM Intercity dari 

Seremban ke Woodlands CIQ. 
RM 34 (berkatil tingkat atas)

Woodland CIQ - Seremban
RM 40 (katil bawah)

Kenapa aku pilih yang berkatil? Sbb perjalanan ambil masa 6 jam macam tu, jadi aku mmg bukan jenis boleh duduk tegak lama2. So, kite korbankan la duit sikit untuk mendapatkan keselesaan.

Train aku dijangka tiba pukul 2335 di Seremban, jadi disbbkan aku ni mmg jenis takut dengan possibilities yang merepek2, aku pon pergi ke ktm awal, around 10 kot. Tunggu punya tunggu, KTM sampai 2350, okay lambat 10 min tp boleh diterima. Kitorang pon naik ke gerabak yang telah ditetapkan. 


So nak cite sikit lah. Masa tengah syok tidur dalam train kan, tetiba rasa cam nak ke toilet. Tahan punya tahan, sudah tidak tertahan lagi. Ingatkan takde toilet, rupanya ade. Fuhh. tapi toilet dia emmm. tak begitu best lah, scary pon ade jugak sbb dengar bunyi ketapi tengah bergerak laju. Pastu tengok lubang tandas tu cam eei scary.
Lepas settle segala keperluan, pergi semula ke katil dan tidur. Tapi tak tahu la, sepanjang aku tidur tu memang banyak dia berhenti2, tapi tak de dengar pon dia bagi announcement sampai station mana. Tengok tiket, agak2 sampai pukul 655 pagi, jadi aku pon pasang alarm utk bangun pkul 6. Takut2 la terlepas station kan..

Pastu tunggu punya tunggu dan tertido2, about pukul 730 tu train pon berhenti. Rupanya baru sampai KTM Johor bahru. Dekat sini, semua penumpang WAJIB turun ye. Ikut je semua penumpang tu, tak perlu takut2. Lepas dah naik escalator tu, kau kena berhati2 sat. Sebab ke kiri dia ade entrance utk ke Johor Bahru (Nasib baik aku tak masuk situ), dan straight dia tulis Immigration. So tujuan utama kite nak g Singapore kan? So kena la jalan straight. Pastu time ni, sebijik time kt airport, yang kena scan bag dan badan kite tu. Lepas dah clear, kite pon jalan straight utk ke waiting hall la lebih kurang. So tunggu semua orang settle, baru dilepaskan untuk masuk train balik.

So kami pon meneruskan perjalan menaiki train for about 15 mins kot. Kejap je, dah sampai Singapore. Kelua je train, kite akan masuk immigration Singapore pulak. Kat sini kena isi declaration form (Nama, No. passport, berapa lama stay situ) Disebabkan aku tinggal sehari je, so tak payah isi bahagian length of stay tu. 

Lepas passport dah di stamp, kitorang pon keluar dgn bahagianya. Kelua pintu tu, ko terus menuju ke kanan ye, kat situ ade banyak station bus. Tengok je sign board atas kepala, kau nak menuju ke mana. Macam aku, aku nak ke Woodlands MRT. Jadi aku kena naik bus number 950 (any bus yg dia tulis ke woodland MRT tu boleh je naik) MRT Woodland ni mmg last stop so takde la scary sgt kalau terlepas nak turun bus stop mana en. Ade satu lagi Marsiling MRT, tp aku recommend naik ke Woodland je. Bus one way $1.30.

Sampai2 je Woodland MRT, aku mcm confused, nak beli Singapore Tourist Pass (Pass yang boleh naik mana2 train, bus and others kot) $ 20, ($10 deposit $10 lagi kira harga kad) tapi masalahnya STP ni kena pulangkan pukul 9 baru dpt refund deposit kite. Yela, aku cm risau je kalau tak smpat, so waste je la duit. Konklusinya beli EZ Link je. Macam topup TouchnGo kat Malaysia. Jangan lupa minta train map ye. Memandangkan masa tu dh pukul 9 lebih pg, so aku decide nak terus g USS. Plan asal mmg nak pergi jalan2 Singapore, tp xpela. So, dari Woodland MRT tu, naik red line ke Dhobby Ghout. Kat situ, tukar purple line pulak ke Harbour Front.

Harbour Front MRT ni sebenarnya mcm dekat Vivo Mall. Ibarat KLCC dan Mid la, ade ktm dlam mall kn. So turun je train terus masuk shopping mall Vivo tu. Perut dah lapar, ape lagi pegi brekpes laa. Kitorang plan nak mkn Subway, saje nak try Subway di Singapore. Ye, awal2 lagi orang tu dh ckp non-halal, tapi brekpes dia ade roti and telur, so kita amik tu jela. Package brekpes : Roti telur, hash brown dgn coffee for $2.90. Murah la juga kan haha.



Selesai makan, kitorang pon cepat2 pergi ke Sentosa Express, (pergi ke Escalator nnt ade sign ke Sentosa Express) dia kat tingkat 3  mall tu. So nak naik Sentosa Express ni kena bayau $4 one day. Once dh byr boleh naik sesuka hati la byk kali mana pon. Turun dekat Waterfront station utk ke USS.

Dah sampai USS, macam biasala tak sah tak bergambo depan globe tu enn..

inilah masanya untuk cuba tiket yang dibeli online berharga RM155. Risau juga tak lepas. Fuh nasib baik sekali scan je dah lepas. Wohooo USS !!!

(Post akan bersambung....  Kalau nak tanye apa2, tanye cepat sebelum aku sambung post seterusnya. Sambungan kat sini juga ye, so check out for updates )






Sape tak kenal Gloriaaaa. Hahaha. Best juga sebab nanti dia ajak kita menari sama2 dia.


Far Far Away Land Gitteww.











6 comments:

  1. slm..bole tak share fb untuk beli tiket ke uss..tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tak igt fb dia tp awk boleh msg number ni 012 394 9154

      Delete
  2. Salam awak. Post ni masih tergantung kann? Or dah habis post?

    ReplyDelete
  3. Salam awak. Post ni masih tergantung kann? Or dah habis post?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tergantung dan terlupa nam sambung. Hahahaha

      Delete
  4. *sharing menarik admin.. :) klau bminat ~ 🌻mari join "Singapore Tour 1-Day Trip" from JB serendah RM109 dengan sis / Backpacker Trip Jelajah SG serendah RM90-RM60 sahaja!

    Juga ada promosi; Tiket Masuk Singapore (USS-SEA Aquarium-SKYLUGE-more than 30 TYPE) All at %Discount Price! bole WHATSAPP ke +6012-7760219 (JESS) - Agent SG & JB, Love Travel

    *Contact: +6012-7760219 & Silakan lawat :) >> FB.COM/LOVETRAVEL86

    ReplyDelete