Assalam.. Fuhhh..
Alhamdulillah, dah selamat tiba di Malaysia.. baru balik dari Korea. Alhamdulillahh.. Pegi dgn kawan and sepupu sorang.. Kiranya pergi bertiga lah..
Firstly nak cerita sikit pasal currency dia la.. Haritu I tukar di Mines 1000 Won = Rm 3.10 which is kinda cheap.. (Kedai dia dekat ngn DAISO tu) JANGAN SESEKALI TUKAR DI AIRPORT OKAY.. Cousin I tukar kat situ, 1000 Won = Rm 3.5 which sangat tak berbaloi lah..
So bertolak from Malaysia to Incheon Airport (Seoul), flight selama 6 jam..
the beautiful MAS Airlines
Dalam Incheon Airport..
Lepas dah amek luggage sume (syukur slamat sampai), kitorang naik bas, pergi ke Nami Island.. Around 3 hours jugaklah perjalanan.. Bila dah nak dekat2 smpai tu, turun kejap nak amik gambar sbb salji dia tebal sangat. Hihi
berangan
Okay2 dah sambung semula.. So nak ke Nami Island ni kena naik ferry.. kejap je, dlm 5 min smpai.. Entrance fee 10,000 won jee..
Destinasi 1 : NAMI ISLAND
Before naik ferry.. Kena beratur dulu. Take turns..
yeayy naik ferry....
5 minutes later *****
Okay dah sampai Nami Island. Kejap jee. haha. So enjoy some of our photos k..
favourite spot. hehe |
ni statue sbg kenangan cite winter sonata penah diadakan di sini |
bendera Malaysia okay. famous nau Malaysia kt Korea. hihi
fake snowmen
Winter Sonata |
Lopeh poie Nami Island, kitorang ke Kwonkeum castle by Cable car pulakk. 9,000 won je..
Destinasi 2 : Kwonkeum castle, Mt. Seorak
Ni masa dalam cable car. Superb sceneries.
Yeay dah sampai atas.. Kat atas ni penuhh ngn salji..
kat puncak. watch out, very slippery.. titibe rasa cm kat egypt pulak en. hehe
Dah alang2 di Seorak Mountain, kena singgah Teddy Bear museum..
Destinasi 3 : Teddy Bear Museum, Seorak.
Destinasi 3 : Teddy Bear Museum, Seorak.
Actually dalam dia xde ape sangat ponn.. banyak teddy bear yang comel2 jeee.
Kitorang stay kat VIVALDI PARK, and kat sini mmg disediakan tempat utk berski.. SKI fees ialah 62,000 Won = RM 190 gitu lahh. (32,000 Won untuk enter + 30000 Won for Ski Equipments). Before main memang kena rent dulu la barang2 ski, kalau x, xboleh main.. Tp kalau nak tengok2 je pon boleh, tp kena rent boots dia for 15,000 Won.
Nampak x tempat main ski dari jauh?
Destinasi 4 : Ski at Vivaldi Park
Masuk je sini terus nampak tempat ski.
Before main ski kena rent dulu ski equipments kat sini
Tadaaaa Jom main skiiii
Miera is learning how to ski with an Ahjushi. Haa blakang tu hotel kitorangg..
Me skiing.
Tengok orang main ski, dapat ski equipments try2 terus pandai main. Tp ade jugaklah jatuh. hehehe..
Haa kau main lah puas2 dari pagi sampai malam kalau larat.. Tpi time malam lagiii cantik dengan lampu2 dia..
Destinasi 5 : Namsan Tower, Seoul
Hari keempat ni kitorang pergi ke Namsan Tower or famously known as Seoul Tower.. Weehoo.. Tp x naik lah sbb mahal. Macam nak naik KLCC la, kna beli tiket before naik.. Tp rasanya xpayah la membazir je.. hiksss.
Bila dah mendaki punya daki bukit tu, (about 2km nak naik) baru lah sampai. Kat Namsan ni yang famous orang letak kunci and mangga sebagai simbol CINTA.
Nampak tka banyakkkk sangat mangga bentuk love2 kat sini.. Kalau ada buah hati boleh la buat, kunci 2 mangga bersama and letak kat sini. Konon2nya boleh kekal la hubungan.
Destinasi 6 : National Folk Museum of Korea
Seterusnya kitorang pergi ke National Folk Museum of Korea. Kat sini dia banyak lah tunjuk tradition korea macamana, seperti diorang normally tidur atas ONDO, mcm TOTO kite la.. Tp too bad, orang Korea dh x ikut sgt tradition dorg. Even masa dorang kahwin pon, only 10% yang kahwin ikut tradition dorang btul2. Mostly skrg sume kahwin dekat gereja je. Harap sangat Malaysia xkan jadi macam tu :(
Sekitar Museum tuu..
Selepas pergi ke museum ni, kitrg pergi ke Gyeongbok Palace pulak.. Ini tempat raja2 dulu tinggal la. Istana diorang. Sngat cantik binaan diorang..
Destinasi 7 : Gyeongbok Palace, Seoul
Ini tempat dia bertitah la.. Tp palace ni dia x bagi pon masuk. Boleh tengok kat luar jee..
--------------
Selepas dh puas tengok istana dia, kitorang pergi ke Kimchi School Academy House, Myeongdong pulak. Kat sini kitorang dapat memakai pakaian traditional dorang , hanbok.
Destinasi 8 : Kimchi School Academy House, Myeongdong
After dh berangan pakai baju dia, kitorang pergi belajar buat Kimchi pulak. Ada instructor kat depan yang ajar cara2 nak buat. Senang je rupanya.. Normally diorang akan buat dlm bulan tertentu, di mana seluruh keluarga akan pulang ke kampung untuk buat kimchi bersama. Lepas tu diorang akan simpan kimchi tu untuk setahun. Penah makan kimchi x? Rasakan masam2 dia tu? Haa tu sebab dh peram lama la tu.. Tp katanya lagi lama lagiii sedapp. huhu
Jangan terkejut, di South Korea ada masjid! In fact, kat Itaewon ada banyak makanan halal yang boleh dimakan. Kat sini banyak lah restoran arab, pakistan, India even melayu pon ada! Suma ada. ada ada ada. Kalau buffet, around 15,000 won ++, kalau order kebab around 5,000 won ke atas jugak la depends ayam or lamb.
Destinasi 9 : Itaewon Mosque, Seoul
Masjid di Itaewon. Kebetulan masa kitorang pergi, orang tengah solat Jumaat. SubhanaAllah, terharu.. Lepas habis solat jumaat, diorang distribute pisang, susu and calendar. Even I pon dapat. Hehe *muka tembok*
Lepas dah penat berjalan, Kitorang pon pulang lah ke Hotel kitorang -> MANU HOTEL, 4 stars. Near Namdaemun. Breakfast Halal in sha Allah.
Destinasi 10 : Lotte World
Tempat nak beli ticket dia. Harga ikut masa.. Kalau pagi dlam 44,000 won.. Kalau dah tghari or ptg dah start murah dh.. 18,000 won pon boleh dpt..
dalam Lotte world.. Dia ada indoor and outdoor. But it was too cold so x pergi pon outdoor dia :(
tarikan terbaru, hot air balloon.. tp nak tunggu punya la lama.. panjang menjela queue dia!
Kat dalam ni pon ada museum of arts gitu la..
Lotte world time malam. Cantik!
Okaylah setakat tu je kot yang rajin nak mengupdatenya. Till we meet again! :)
Sambungan : Korea Part II
Maigawdddddd , nak pi jugak >.<
ReplyDelete