Thursday 14 January 2016

Review Good Meowning Cat Cafe, BTHO

Hi semua. Setelah berbulan lamanya travel di luar negara, kini tiba masanya untuk mengembara dalam negara sendiri pula

Adakah anda berminat dengan kucing? Ya, kini semakin banyak kafe kucing di Malaysia. Antara kafe kucing yang saya sempat melawat ialah 

Good Meowning Cafe yang terletak di Jalan Suasana Bandar Tun Hussein Onn, berdekatan dengan Mc Donalds Suasana.

Good Meowning Cat Cafe,

No.1, Jalan Suasana 2/7A,
Bandar Tun Hussien Onn,
43200 Cheras

Waktu operasi sehingga 10.30 malam.

Kedai tutup pada hari Isnin dan Jumaat


Kafe ini baru sahaja dibuka pada 4/1/2016. Semasa kedatangan kami, kafe ini baru sahaja beroperasi selama 5 hari. Berbeza konsep dengan kafe kucing di Korea, atau kafe-kafe kucing yang lain, Good Meowning Kafe menampilkan sedikit perbezaan. Antaranya ialah pengasingan tempat makan dan tempat bermain dengan kucing.

Harga makanan di sini juga tidak begitu mahal dan boleh diterima. Rasanya juga sedap jadi berbaloi juga untuk harga sebegitu.

Mari kita lihat gambar-gambar di Good Meowning Kafe ini :


Ini ruangan makannya







Ini merupakan menunya. Nak order di sini kena pergi kat kaunter. 
Saya order kebab dan kawan saya order Moi Soup (Macam bubur ayam), saya order air white coffee manakala rakan saya air apple. Di sini, apa yang ada di menu sahaja yang boleh order. Itu pon masa kami sampai dah banyak habis. Tinggal menu yang saya sebutkan sahaja. 

Agak hampa jugalah sebenarnya. Ikutkan kami nak ke restoran Elfira pula kerana mengenangkan perut yang lapar tetapi tidak banyak pilihan pula. Tetapi, bila fikir-fikirkan, takpela nak pergi kedai Elfira dah malam dah masa tu. 10 minit perjalanan, dah buang masa. Jadi kami pun order sahaja apa yang ada.

Kami pun diberi kan nombor dan kemudian duduk di kerusi dan meja dan menunggu.

5 minit kemudian, air kami pun tiba...



Bagi saya air White Coffee dia sedap!

Air dah sampai, tapi tunggu punya tunggu, makanan tak sampai-sampai lagi. Tengok pekerja di dapur pun macam dah panik sebab ramai sangat orang dan banyak makanan yang dah habis.

30 minit kemudian, barulah makanan kami tiba...



Inilah Moi Soup. Menyelerekan! Rasa pun sedap! Lebih sedap dan berbaloi dari bubur McD.



Ini pula kebab saya. Sebenarnya agak hampa sebab kecil, tapi nasib baik sedap!



Setelah makan, kami ingin cuba sendiri untuk masuk ke kawasan bertutup untuk bermain dengan kucing. Rupa-rupanya, untuk bermain dengan kucing, kita perlu membayar RM 5 untuk 30 minit. 

Yela, sepatutnya lebih elok kalau sesiapa yang dah beli makanan di kedai dia boleh lah masuk secara percuma. Tapi mungkin ini ialah cara untuk mendapatkan pendapatan sampingan, jadi kita pun bayar saja. Tapi ikutkan, kira murah jugalah tempat ini berbanding tempat lain untuk bermain dengan kucing.


Tengok tu, perangai tak senonoh orang Malaysia. Dah sediakan rak kasut masih nak sepah-sepahkan kasut. Tak faham dengan disiplin di negara kita ini.

Masuk sahaja pintu berkaca ini, anda sudah berada di dunia lain! Dunia kucing.














Cantik juga kawasan ini. Tambahan pula ada mural di dinding, ada lampu lagi. Cantik! Tapi kawasannya sempit. Hanya memuatkan 10 orang sahaja dalam satu-satu masa.









Di sini ada banyak jenis kucing! Setiap hari, tuan kedai ini akan menukar set kucing-kucingnya untuk di bawa ke sini. Contoh hari ini dia bawak 25 ekor kucing, esok dia bawa lagi 25 ekor kucing, dan kucing hari ini akan di simpan di rumah pula. Haa camtu.



Tengok kucing ni. Obes.

Jadi keseluruhannya, saya nak bagi 3 bintang untuk kedai ini.

Kenapa? Kelebihan kedai ini ialah :

1. Bersih. Tak bau kucing, tak bau taik kucing.
2. Tuan dan staf kedai ramah
3. Pelbagai jenis kucing ada

Kekurangan yang boleh dibaiki :

1. Percepatkan servis 
2. Pelbagaikan menu
3. Ruangan tempat bermain dengan kucing kecil


Tapi apa-apa pun, tak boleh nak salahkan kedai sepenuhnya kerana mereka baru sahaja beroperasi dan mungkin mengambil masa untuk stabilkan  keadaan. Selain itu, mungkin juga kerana sambutan yang luar biasa juga menyebabkan servis agak perlahan sikit.

Apapun, saya cuma nak nasihatkan agar staf sentiasa ramah agar bisnes akan terus maju! :)


Boleh baca post saya di kafe kucing di Korea :


Cat's Cafe, Hongde, Korea




5 comments: