Monday 7 December 2015

Oman Trip

Trip saya ini ialah dengan mengikuti pakej ALCC Travel. Boleh rujuk post saya : 



23/11/2015

Tarikh ini ialah tarikh berangkatnya kami ke Oman. Penerbangan kami ke sana ialah dengan menaiki Oman Air, dan dijangka waktu perlepasan ialah pada pukul 9.50 pagi. Seperti biasa, kena hadirkan diri 3 jam sebelum perlepasan, dan kami tiba kira-kira pukul 6.30 pagi.

Para jemaah ada juga yang sudah tiba. Bag-bag kami semua dikumpulkan oleh staff ALCC, mengikut bas 1 seramai 40 orang dan bas 2 seramai 43 orang.


Setelah segala proses selesai, kami pon ke departure gate secara berkumpulan.







Sepanjang perjalanan kami ke Oman, macam-macam makanan disediakan. Alhamdulillah semua sedap-sedap belaka.


Beberapa minit sebelum 'landing'. Di dalam hati saya, 
"Alamak, macam padang pasir je negara ni"




Malah, pemandangan di lapangan terbang juga berpasir sahaja.


Syarikat telekomunikasi mereka. Omantel. Tapi saya nasihatkan kepada anda untuk tidak membuat roaming, ataupun membeli simkad kerana trip ke sini hanya memakan masa satu hari sahaja. Malah, di tempat-tempat awam, negara ini mempunyai Wifi Spot. 


Pada pukul 1.30 pm, kami tiba di lapangan terbang Oman. Kami disambut oleh 2 buah bas yang tertera 'ALCC'. Kami menaiki bas 1 kerana awal-awal lagi kami sudah mengetahui kumpulan kami iaitu kumpulan bas 1. Haha. Ustaz Amin turut menaiki bas 1 bersama kami, dan ustaz Hafez menaiki bas 2.

Kemudian, kami menuju ke restoran untuk makan tengahari. Apa yang menariknya di Oman, mereka sangat mengagungkan raja mereka, dan raja mereka juga sangat berjiwa rakyat. Sepanjang perjalanan, kami dapat melihat poster, dan gambar raja mereka di mana-mana. Pemandu bas kami menceritakan bahawa, sekiranya kita pergi ke kedai aiskrim, terdapat gambar raja mereka sedang memakan aiskrim. Sekiranya kedai itu kedai menjual basikal, terdapat gambar rajanya sedang mengayuh basikal. Comelnyaaaaa.

Nama raja mereka ialah Sultan Qaboos bin Said al-Said.


*Di pasar pon ada gambar dia terpampang. Hebat betul*



Ustaz Amin dan tourist guide back to back bagi overview pasal Oman. 


Untuk pengetahuan para pembaca, rumah-rumah di Oman semuanya tidak berbumbung. Hal ini demikian kerana di Oman, jarang-jarang sekali mereka menerima hujan. 



Lebih kurang 30 minit kemudian, kami tiba di Restoran bin Ateeq Omani food. Perut sudah lapar, tidak sabar rasanya untuk menjamah makanan di sana.


Menariknya, restoran ini semuanya terdiri daripada bilik-bilik kecil yang memuatkan dalam 10 orang dalam satu-satu masa. Oleh itu, kami mengisi setiap bilik-bilik dan menunggu makanan kami tiba. Kenapa kedai ini berbilik? Orang Arab kan gemar untuk makan secara private, dan kebanyakan daripada mereka memakai purdah. Oleh itu, bilik-bilik ini disediakan khas untuk wanita-wanita arab untuk makan bersama suaminya tanpa dilihat oleh orang lain.


Akhirnya nasi kami tiba. Nasi yang disajikan di dalam dulang, dan lauknya terdiri daripada ayam, kambing, dan ikan yang dicampurkan sekali. Side dishes kami ialah ulam-ulam sayur, yogurt dan sos tomato. Memang lazat makanannya. Terutamanya kambing di sana. Huisshh bila teringat boleh terliur. Cuma secara jujurnya, ikan dan nasi arab tidak berapa 'ngam'. Mungkin sedap untuk dimakan ratah.

Kami meneruskan perjalanan kami dengan 'day city tour' sekitar Muscat. Destinasi pertama ialah ke Muscat Old City.





Sepanjang perjalanan, kami dapat menyaksikan pokok-pokok bunga yang cantik-cantik ditanam sepanjang jalan. Ternyata Oman bukanlah negara Islam yang biasa-biasa, tetapi sangat sistematik dan bertamadun. Sampah juga tidak langsung dijumpai, dan pemandangannya memang cantik. Ternyata jangkaan saya salah kerana mengingatkan Oman ini ialah sebuah negara padang pasir seperti di Mesir. Tulaa, don't judge a book by it's cover.

Di harbour ini, terdapat Sultan Oman punya personal yacht. Cantik sangat... 


Setibanya di Muscat Old City, sekali lagi kami terkesima, terpegun, dengan kecantikan kota lama ini. Di sini, terdapat Oman Palace. Meskipun kota ini telah lama dibina, tetapi mereka mampu mengekalkan keindahannya.





Persis negara-negara Eropah. Sungguh cantik senibinanya.


Kami kemudiannya menunaikan solat di masjid seperti dalam gambar di atas. Masjidnya tidak begitu besar, tetapi selesa dan bersih. 

Seterusnya, kami ke Oman market yang terletak di tengah-tengah bandarayanya.





Suasana di sini amat ceria dan tenang. Kelihatan ramai orang-orang berkulit putih yang berjalan-jalan di sini.

Namun, saya ingin menasihatkan agar tidak membeli souvenir di sini. Kenapa? Sebab... MAHAL.... 

1 Oman Riyal = 3 USD. 





Oleh kerana kami telah kelewatan daripada schedule sebenar, oleh itu, kami tidak sempat untuk explore ke tempat lain.

Malam itu, kami telah berangkat ke lapangan terbang Oman untuk ke Jordan pada pukul 11.50 mlm.




Selamat tinggal Oman. Walaupun sekejap, tetapi terasa seronok sangat sebab bandarnya amat tenang.



Untuk membaca sambungannya, sila klik di link bawah :

Jordan Trip Part I

2 comments:

  1. akak pun singgah Souk Matrah tu.. kebetulan hujan, jadi banjir sikit kat situ.. hahahahaha.. kelakar tengok orang Oman takut banjir.. tak biasa kot.. :p padahal air tak sampai paras buku lali pun.. kikikikikiii..

    tapi situ memang mahal kan..! akak beli fridge magnet je buat kenang-kenangan dengan kopiah lelaki orang Oman yang tinggi tu. Sampai sekarang suami pakai pergi surau. Suka sangat dia kopiah tu tinggi kan.. :)

    ReplyDelete