Monday 7 December 2015

Jordan Trip Part I

Trip saya ini ialah dengan mengikuti pakej ALCC Travel. Boleh rujuk post saya : 


Post ini ialah sambungan daripada post sebelumnya :




Setibanya di Jordan, saya mengambil peluang untuk bergambar dengan kapten dan memasuki kokpit. Ya Allah.... Dah lama sangat teringinnnnnn akhirnya dapat jugaaaa. Alhamdulillah..


Kapten Oman Air yang sangat baik hati. Kami terus ke Hotel dan check in. Hotel kami ialah IMPERIAL AMMAN HOTEL.





Chandelier dia bukan main panjang tauu. Haha







Sebenarnya masih tak faham apa motif tandas di belah kiri itu.


Setelah berehat-rehat, pada pukul 12.30 tghari, kami pon menuju ke gua Ashabul Kahfi. 

Sekiranya dibandingkan negara Jordan dan Oman, sudah tentu Oman jauh lebih teratur. Tetapi Jordan turut mempunyai keistimewaannya tersendiri. Sepanjang perjalanan, tourist guide kami di Jordan menceritakan bahawa Jordan digelar 
"The land of refugees" (Tanah Pelarian) sebab ada ramai pelarian daripada Syria, Iraq, dan negara-negara yang lain berlindung di negara ini.




Selain itu, Jordan juga digelar sebagai The Kingdom of Hashemiite kerana di Jordan, terdapat banyak kisah-kisah nabi yang berketurunan bani Hashim.

Pada pukul 1.06 p.m., kami tiba di gua Ashabul Kahfi

Sebelum itu, apa itu Ashabul Kahfi?
 Kahfi bermaksud gua. Ashabul bermaksud Pemuda tidur. 
Mereka tidur selama 3 abad atau 309 tahun. 

Adakah anda mengetahui kisah Ashabul Kahfi?

Secara ringkas kisah Ashabul Kahfi itu bermula di sebuah negeri yang bernama Asfus yang diperintah oleh raja kafir lagi zalim iaitu Diqyanus. Raja ini memerintahkan semua rakyatnya menyembah berhala atau berdepan dengan seksaan dan juga hukuman bunuh. Hanya tujuh pemuda ini sahaja yang teguh dengan iman mereka kepada Allah Taala dan tidak tunduk kepada ancaman raja itu. Merasakan tercabar, Diqyanus memerintahkan agar mereka menjadi murtad atau dibunuh. Oleh kerana sayangkan keimanan kepada Allah, mereka lagi bersembunyi di sebuah gua. Di dalam gua itu, mereka berasa letih dan mengantuk lalu tertidur selama 309 tahun.

Setelah mereka dibangkitkan kembali dari tidur yang panjang, salah seorang dari mereka kembali ke kota untuk mencari makanan. Pada masa itu, semua rakyat Asfus telah kembali beriman kepada Allah. Apabila sahabat gua tadi membeli makanan, mereka membayar dengan wang perak yang dibawa semasa melarikan diri dulu.

Oleh kerana wang digunakan itu sudah tidak laku lagi, mereka telah ditangkap lalu dibawa menghadap raja kerana disyaki mencuri harta karun. Setelah menghadap raja, sahabat yang ditangkap tadi menceritakan segala- galanya kepada raja berkenaan. Kagum dengan cerita pemuda itu, raja tersebut dan orang – orangnya berangkat ke gua tersebut untuk melihat bukti cerita pemuda berkenaan. Setelah melihat sendiri gua tersebut, bertambahlah keyakinan dan keimanan raja tersebut terhadap kekuasaan Allah. Setelah mengucapkan selamat tinggal, tujuh pemuda tadi dimatikan kembali oleh Allah dan raja itu memerintahkan supaya satu tugu atau tanda dibuat di luar gua itu bagi mengenang peristiwa itu.


Di luar gua Ashabul Kahfi


Penerangan yang diberikan oleh Ustaz Al Amin.



Keadaan di luar gua



Pintu gua Ashabul Kahfi


Di dalam gua Ashabul Kahfi. Di kawasan yang ramai orang itu adalah di mana tempat pemuda-pemuda itu tidur. Minta maaf sebab tidak putus-putus orang mengambil gambar. Sudut saya ambil gambar ialah daripada pintu masuk gua.


Ini makam bagi 3 orang pemuda dalam kisah Ashabul Kahfi



Di sini pula makam bagi 4 orang pemuda itu.

Tetapi sebenarnya mayat mereka sudah tiada lagi di makam itu. Hal ini kerana kerajaan Jordan telah memindahkannya bagi tujuan memelihara jasad mereka. Tetapi tempat sebenar mayat mereka disemadikan tidak diketahui dan hanya kerajaan Jordan sahaja yang mengetahuinya.

Di dalam Al-Quran ada tertulis :

Dan Engkau akan melihat matahari ketika terbit, cenderung ke kanan dari gua mereka; dan apabila ia terbenam, meninggalkan mereka ke arah kiri, sedang mereka berada Dalam satu lapangan gua itu.

Lokasi Gua Ashabul Kahfi di Abu Alanda, Jordan terdapat sebuah lubang dari atas gua yang memasuki cahaya ketika matahari terbit dan ketika terbenam matahari berada dari arah pintu gua.

Pada waktu pagi, cahaya matahari akan masuk menerusi lubang ini :


Di sebelah petang pula, cahaya masuk menerusi pintu gua :


Perubahan cahaya matahari yang memasuki lubang-lubang gua ini menyebabkan para pemuda Ashabul Kahfi membalik-balikkan badannya bagi mengelakkan sinaran matahari serta di makan tanah

“Dan engkau sangka mereka sedar padahal mereka tidur; dan Kami balik-balikkan mereka dalam tidurnya ke sebelah kanan dan ke sebelah kiri (supaya badan mereka tidak dimakan tanah).

Dalam Al-Quran telah menyatakan dengan jelas cara bagi merawat orang yang dalam keadaan yang koma. Sekiranya kita mempunyai ahli keluarga yang sedang dalam keadaan koma, eloklah kita membalik-balikkan badannya ke kiri dan ke kanan mereka.

Wallahua'lam...






Untuk mengikuti kisah seterusnya, boleh klik link di bawah :





No comments:

Post a Comment