Derma dan Beramal by Duci Cares

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Di sini, saya ingin melancarkan sesuatu yang baru untuk blog saya. Iaitu Duci Cares.



Ada apa dengan Duci Cares ini? 

Saya sebenarnya dah lama berhasrat untuk menubuhkan NGO sendiri bagi membantu mereka yang kurang bernasib baik. Tapi memandangkan menubuh NGO ialah sesuatu proses yang rumit, jadi saya hanya mampu kongsikan senarai bagi sesiapa yang memerlukan bantuan menerusi blog saya. Jadi jika sesiapa yang ingin membantu, bolehlah melihat profil mereka dan boleh derma.

Duci Cares ini hanyalah platform yang memaparkan senarai orang-orang yang memerlukan bantuan, dan terpulang kepada anda untuk menderma atau tidak.


Boleh percaya ke Duci Cares ini?

Ya, sudah tentu anda boleh mempercayai Duci Cares. Sebab apa? Sebab niat saya memang hanya untuk menolong mereka yang tidak berkemampuan. Jadi inilah sedikit sebanyak usaha yang saya boleh tolong bagi membantu mereka yang memerlukan. 

Bagaimana cara jika saya ingin memohon agar dapat bantuan di sini?

Anda boleh menghantar email kepada saya melalui alamat di bawah :

ducicares@yahoo.com

Di dalam email, sila sertakan :

- Nama penuh
- Alamat
- Nombor telefon
- Kongsikan masalah kewangan anda
- Berapa jumlah yang diperlukan
- Gambar anda

Sekiranya anda tidak dapat memberi info seperti tertera di atas, permohonan anda tidak dilayan.

Saya berharap pemohon akan jujur, dan saya juga akan memastikan setiap pemohon yang memohon ini benar-benar memerlukan pertolongan.

************

Sejujurnya saya memang tidak pandai berkata-kata, tapi ketahuilah, hasrat yang ingin saya sampaikan ini ialah hasrat yang baik. 

Jadi saya berharap agar kita sama-sama dapat membantu mereka yang memerlukan bantuan.

Thank you and have a good day! :)


Boleh mula melihat senarai dan derma dengan menekan link di bawah.


No comments:

Post a Comment