Tuesday 17 October 2017

MODERN CAVE BOUTIQUE STAY, MELAKA


Nak cari tempat penginapan baru, murah dan 'hipster' di Melaka? Boleh cuba Modern Cave Boutique Stay! Konsep yang unik, dan sangat versatile! Lokasi boutique hotel ini terletak betul-betul di bandar Melaka, jadi amat mudah untuk ke pusat tarikan di Melaka! Antara pusat tarikan yang terdekat ialah Jonker walk, dan hanya beberapa minit berjalan sahaja untuk tiba di sana. 

Kerana konsepnya yang unik, ramai pelancong dari luar negara gemar untuk tinggal di sini! Apa yang lebih penting, harganya yang murah dan sangat berbaloi! Jom lihat apa yang menarik di sini.


Untuk pengetahuan anda, Modern Cave Boutique Homestay ini terletak di kawasan perumahan, dan pada asalnya juga, merupakan sebuah rumah sebelum di tukar menjadi boutique hotel. Menarik kan? Namun, jangan risau kerana mudah sahaja untuk mengenalpasti Modern Cave ini berbanding rumah-rumah lain.



Lamannya yang ringkas dan kemas, tetapi sangat menenangkan.


Apa yang bestnya di Modern Cave ini, setiap guest mereka, akan mendapat welcome drink sebagai tanda penghargaan dan untuk meraikan kedatangan kita. 



Apabila melangkah masuk, saya sudah terpaku melihat kecantikan interior design nya! Sangat modern dan elegant. Sesuai untuk mereka yang sukakan konsep 'hipster' dan ingin mencuba sesuatu yang baru!


Ini merupakan lounge/common room/tempat untuk sesiapa sahaja guest yang ingin hangout dan di sini juga anda boleh berkenalan dengan rakan-rakan backpackers International dari pelbagai negara.



Cuba anda lihat, dengan menggunakan pinggan-pinggan pon mereka boleh menghias dinding dengan begitu cantik!


Di Modern Cave, terdapat juga shared kitchen di mana anda boleh masak. Apa yang anda perlu tahu ialah, Modern Cave sangat prihatin dengan kita orang Islam dan mereka turut menyediakan sudu dan pinggan plastik sekiranya kita tidak yakin untuk menggunakan perkakas mereka. 

Thank you Modern Cave for being very considerate! Terharu sebab mereka sangat menjaga guests mereka, tak kira agama, bangsa, warganegara apa pun. I humbly appreciate this kind effort. Thank you again :)  


Sarapan turut disediakan, tetapi 'light snack' sahaja seperti roti dan biskut. 





Setelah melihat tingkat bawah, saya pun naik ke tingkat atas dan sekali lagi terpaku dengan kecantikan interior designnya! 'Simple yet elegant' they say.


Chandelier ini juga memberikan impak bagi memberikan mood dan mencantikkan suasana di sini.



Di sini juga terdapat Reading Space, so sekiranya anda ingin membaca buku atau majalah.

Okay dah siap menceritakan serba sedikit tentang kemudahan yang ada di Modern Cave, sekarang ni jom tengok bilik-bilik yang disediakan di sini.

Kita mulakan dengan dorm dahulu bagi mereka yang ingin backpack ke sini dengan harga yang murah.




8 Bed Mixed Dormitory
Boleh memuatkan 8 orang berlainan jantina dan terdapat shared bathroom. Boleh di book secara individu (berkongsi dengan travellers lain) atau di book secara dorm (anda membawa 8 rakan anda).

Harga satu orang :
RM 55 Normal Rate
RM 60 Peak Season

Harga satu dorm :
RM 360 Normal Rate
RM 460 Peak Season

Antara kemudahan lain ialah :
  • Air Conditioning
  • Personal Air Ventilation
  • Personal Electrical Outlet
  • Personal Bedside Light
  • Private Curtain
  • Locker Storage
  • Bath Slippers
  • Writing Desk
  • Hairdryer
  • Common Shared Bathroom
  • Wifi



8 Bed Female Dormitory
Boleh memuatkan 8 orang dan terdapat private bathroom. Boleh di book secara individu (berkongsi dengan female travellers lain) atau di book secara dorm (anda membawa 8 rakan anda)

Harga satu orang :
RM 55 Normal Rate
RM 60 Peak Season

Harga satu dorm :
RM 380 Normal Rate
RM 465 Peak Season


Di sini juga ada kemudahan locker, jadi anda boleh menyimpan bag anda dengan selamat sekiranya anda risau kecurian dan sebagainya semasa tinggal di dorm.


Ini merupakan private bathroom. Maksud private bathroom
di sini ialah, tandasnya berada di dalam  bilik, jadi anda tidak perlu keluar bilik untuk ke tandas. 

Antara kemudahan lain ialah :

  • Air Conditioning
  • Personal Air Ventilation
  • Personal Electrical Outlet
  • Personal Bedside Light
  • Private Curtain
  • Locker Storage
  • Bath Slippers
  • Writing Desk
  • Hairdryer
  • Common Shared Bathroom
  • Wifi
Sekiranya anda inginkan privasi dan ingin membawa keluarga anda ke sini, terdapat juga bilik-bilik khas untuk keluarga. 


Deluxe Family Room
Boleh memuatkan 4 orang dan terdapat private bathroom

Harga satu bilik 
RM 320 Normal Rate
RM 360 Peak Season

Antara kemudahan lain ialah :

  • Air Conditioning
  • Private Toilet & Bath Shower
  • Complimentary Toiletries
  • Writing Desk
  • Bath Slippers
  • Hairdryer
  • Clothes Rack
  • 40'' Flat Screen TV
  • Cable Channels
  • Free Wi-Fi






Standard Family Room
Boleh memuatkan 4 orang dan terdapat private bathroom
Katil : 2 Queen Size 
Saiz bilik : 23 sq.m
Pemandangan : Garden

Harga satu bilik :
RM 275 Normal Rate
RM 320 Peak Season

Antara kemudahan lain ialah :

  • Air Conditioning
  • Private Toilet & Bath Shower
  • Complimentary Toiletries
  • Writing Desk
  • Bath Slippers
  • Hairdryer
  • Clothes Rack
  • 40'' Flat Screen TV
  • Cable Channels
  • Free Wi-Fi





Standard Twin Bedroom
Boleh memuatkan 2 orang dan terdapat private bathroom

Harga satu bilik :
RM 99 Normal Rate
RM 118 Peak Season

Antara kemudahan lain ialah :

  • Air Conditioning
  • TV
  • Cable Channels
  • Clothes Rack
  • Bath Slippers
  • Free Wi-Fi



Berikut merupakan kemudahan-kemudahan lain yang boleh didapati di 
Modern Cave :


Ulasan Terakhir

Jadi di sini, saya ingin mengajak pembaca semua untuk menginap di sini sekiranya anda berada di Melaka. Bukan sahaja cantik, kemas dan elegant, malah lokasi yang strategik dan berhampiran dengan pusat tarikan di Melaka turut menjadikan Modern Cave ini pilihan utama dalam kalangan travellers. 

Harga yang murah dan berpatutan amat sesuai untuk mereka yang mahukan tempat penginapan yang bajet, dan bagi mereka yang mempunyai keluarga, terdapat juga bilik-bilik yang sesuai untuk keluarga dengan kadar yang sangat berpatutan. 

Sekiranya anda ingin membuat BBQ, di sini turut menyediakan kemudahan untuk BBQ. Sekiranya anda perlukan wifi yang laju, Modern Cave turut menyediakan wifi yang extremely laju! Sekiranya anda ingin masak, terdapat dapur yang disediakan untuk anda masak. 

Pada pendapat saya, Modern Cave Boutique Homestay ini sudah melengkapi segala keperluan anda semasa anda travel, dan saya amat recommend anda untuk menginap di sini sekiranya anda berada di Melaka.

Boleh layari laman sesawang mereka untuk ketahui lebih lanjut : 
www.moderncave.com.my



2 comments:

  1. cantikla.. harga sgt berbaloi :)

    ReplyDelete
  2. I really enjoy simply reading most of your weblogs.
    Simply wanted to inform you that you've people like me who appreciate your work.
    Definitely a fantastic publish. The information you have provided is actually very worthwhile
    Thank you for very usefull information

    Here's my website : -- 오피사이트
    (jk)

    ReplyDelete