Friday 20 May 2016

Pesawat EgyptAir 804 Terhempas 2016

 


Allahu, apabila baca berita terasa sedih sangat. Kita digemparkan oleh berita pesawat EgyptAir 804 terhempas di Laut Mediterranean. Sedih. Berikut merupakan antara berita yang ingin saya kongsikan daripada beberapa sumber.


KAHERAH - MESIR. Pesawat EgyptAir yang hilang dari radar dilapor terhempas di Laut Mediterranean awal pagi Khamis, pegawai penerbangan Mesir dipetik sebagai berkata kepada AP.

Penerbangan 804, dilaporkan hilang pada 2.45 pagi waktu tempatan ketika terbang pada ketingguan 37,999 kaki. Airbus 320 hilang 16 km selepas memasuki ruang udara Mesir, kira-kira 280km di luar pantai utara bandar pelabuhan Alexandria, Mediterranean.

Pegawai Penerbangan Mesir mengesahkan bahawa pesawat Egypt Air penerbangan MS804 terhempas di laut, berhampiran sebuah pulau di Karpathos, selatan Greek, ketika berada dalam ruang udara Mesir. Pesawat yang membawa bersamanya 66 orang penumpang dan anak kapal itu sedang dalam perjalanan dari Paris ke Kaherah.

"Kemungkinan pesawat terhempas adalah disahkan dan pesawat tidak mendarat di mana-mana lapangan terbang berhampiran," kata pegawai yang enggan namanya didedahkan.

Pegawai berkata, isyarat yang diterima dari pesawat dua jam selepas ia hilang dari radar dipercayi adalah isyarat kecemasan.

Sumber daripada : Sinar Harian dan AWANI news



Manakala apabila dibaca berita seperti CNN, dan berita antarabangsa yang lain, mereka menyatakan kemungkinan Egypt Air  terhempas disebabkan serangan terrorist.

"But if you analyze this situation properly, the possibility of having a different action aboard, of having a terror attack, is higher than having a technical problem," Fathi said.

Timeline : Momen terakhir EgyptAir 804




11:09 p.m. Wednesday (5:09 p.m. ET Wednesday) -- Flight 804 takes off from Paris' Charles de Gaulle Airport. It's supposed to arrive in Cairo about four hours later, at 3:15 a.m. Thursday. 
--> Pesawat EgyptAir 804 berlepas dari lapangan terbang Paris yang dijangkakan tiba 4 jam kemudian pada 3.15 pagi Khamis.
 
1:24 a.m. Thursday (7:24 p.m. ET Wednesday) -- The Airbus A320 enters Greek airspace. Athens air traffic control authorizes the plane to continue its course. 
--> Airbus A320 Greek memasuki ruang udara. Kawalan trafik udara Athens mengesahkan untuk meneruskan penerbangan.
1:48 a.m. -- Still in Greek airspace, the plane checks in at the next control point -- Key Island, south of Athens. The pilot was cheerful and thanked the air traffic controllers, the Hellenic (Greek) Civil Aviation Authority said. 
--> Masih lagi di ruangan udara Greek, pesawat tersebut 'check-in' titik kawalan seterusnya iaitu Key Island yang terletak di Selatan Athens. Jurutera tersebut berasa gembira dan berterima kasih kepada pihak kawalan trafik udara.
2:27 a.m. -- Athens air traffic control tries to contact the pilots to transfer communications control from Greece to Egypt. Despite repeated calls, the pilots did not respond. 
--> Kawalan trafik udara cuba menghubungi semula juruterbang untuk memindahkan  kontrol komunikasi daripada Greece ke Mesir. Namun tidak mendapat maklumbalas meskipun telah dipanggil beberapa kali.
2:29 a.m. -- At about the same time the aircraft leaves Greek airspace, its signal drops from radar 13 kilometers (8 miles) south-southeast of Kumbi, an aviation reporting point in the Mediterranean Sea. Immediately afterward, the Greek Air Force was summoned for possible radar target tracking. But the plane has not been found. 
--> Pada masa yang lebih kurang sama pesawat tersebut meninggalkan Greek, signalnya 'jatuh' daripada radar 13 kilometer di Kumbi Tenggara. Sejurus kemudian, tentera udara Greek dipanggil untuk kemungkinan pengesanan sasaran radar. Malangnya pesawat tersebut tidak dijumpai.

2:45 a.m. Search-and-rescue operations begin, according to Greek officials. 

--> Misi mencari dan menyelamat dimulakan.
Marilah kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah, semoga ditempatkan di kalangan orang beriman.

No comments:

Post a Comment